Kisah Di Sebalik Penempatan Bukit Hebron

SYABAS kepada Berita Harian kerana mendedahkan kewujudan pusat kegiatan kaum Nasara di Bukit Markisa atau lebih dikenali sebagai Bukit Hebron di Tapah, Perak itu. 

Sesungguhnya, pendedahan kegiatan yang mencurigakan kumpulan The New Testament Church - satu lagi puak yang tersimpang jauh daripada ajaran kitab Injil - itu perlu dipandang serius oleh orang Melayu.

Ia seharusnya dijadikan peringatan betapa keselamatan kita sentiasa diancam anasir yang tidak henti-henti cuba menggugat dan membantai kita.

Tatkala kita alpa akibat sengketa sesama sendiri, kaum Yahudi dan Nasara pula giat mencengkam kuku mereka di Tanah Melayu yang makmur ini. 

Biar apa pun penjelasan yang diberikan penghuni penempatan itu serta laporan media massa yang condong kepada mereka, orang Melayu harus sentiasa sentiasa berwaspada dengan perkara sedemikian. 

Biar siapa pun mereka, Yahudi atau Nasara, bukankah kita sentiasa diperingatkan Al-Quran mengenai niat sebenar kaum berkenaan - mereka tidak akan senang selagi kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka.

Mengapakah selepas pihak polis terpaksa memecah masuk dengan memotong rantai kunci pagar penempatan itu selepas dibiarkan menunggu lebih setengah jam, barulah penghuninya menyatakan mereka hanyalah sekumpulan kaum Nasara yang melakukan kegiatan keagamaan sambil bersantai di tanah tinggi?

Mengapakah sebelum ini apabila polis cuba menyiasat kegiatan di situ, mereka dengan angkuh menghalang,  menghalau dan mencabar kuasa polis serta pihak berkuasa yang lain ketika cuba menyiasat kecurigaan serta menegakkan hukum?

Malah selepas operasi itu mereka sekali lagi menunjukkan keangkuhan apabila dengan pantas menggunakan akhbar bukan Melayu untuk membantah tindakan polis serta menggambarkannya sebagai sesuatu yang melampaui bidang kuasa pasukan itu. 

Syukurlah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mempertahankan tindakan polis itu. Apa yang menyedihkan, ialah simpati yang ditunjukkan sebuah lagi akhbar Melayu kepada penghuni Bukit Hebron. Sokonglah segala perjuangan Melayu dan ketepikan soal persaingan sesama sendiri.

Tanah Melayu faham mengapa Abdullah selaku Menteri Dalam Negeri menyatakan beliau belum menerima maklumat mengenai perkara itu apabila disoal wartawan, begitu juga mengapa Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, membuat kenyataan yang menyedapkan hati sehari sebelum polis bertindak. 

Sesungguhnya ketenteraman dalam negera perlu dipulihara dengan kebijaksanaan, bukan secara semberono atau dengan emosi. Harap-harap begitulah. Jangan kecewakan anak-anak Melayu.

Tetapi mengapa baru sekarang ada tindakan, walaupun tidak seperti yang diharapkan,  sedangkan penempatan dan kegiatan penghuninya yang mencurigakan itu sudah berbelas tahun bermaharajalela.

Mengapakah  mereka selama ini dibiarkan bebas melanggar undang-undang, termasuk syarat serta peraturan tanah dan jelas disedari Pejabat Tanah Daerah itu?

Apakah Tanah Melayu sudah menjadi tanah suci puak Nasara ini sehinggakan juak-juak mereka di seluruh dunia bertandang ke sini? Mengapa terjadi begini? Bukankah puak ini ditentang hebat di negara lain, termasuk di Temasik. Mengapa?

Leraikanlah persoalan sebelum lebih ramai orang Melayu mula mempersoalkan mengapa tindakan pantas dan tegas hanya diambil terhadap mereka tetapi tidak terhadap kaum lain. Masih ingatkah lagi Bukit Jenalek?

Mujurlah satu lagi pasukan keselamatan kita tidak lena dibuai mimpi, sebaliknya terus memantau dan merisik khabar segala perlakuan yang mencurigakan di seluruh Tanah Melayu.  

Sekurang-kurangnya kita tahu kita masih boleh tidur lena setiap malam kerana keselamatan kita masih lagi terjamin. Syabas dan terima kasih perwira Tanah Melayu. Harap saudara sekelian dapat tampil menguraikan permasalahan ini. 

Syabas juga kepada Majlis Agama Islam Perak kerana bingkas mengingatkan orang Melayu mengenai perkara itu menerusi khutbah Jumaat sehari selepas pendedahan itu dibuat. 

Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan tokoh agama negeri yang mengulas mengenai perkara itu. Sesungguhnya, itulah reaksi yang dituntut ke atas kita semua.

Akhir kata, hayatilah petikan khutbah yang disampaikan khatib Masjid Negeri Perak, Kamal Izat Ahmad, pada Jumaat tempoh hari berhubung isu Bukit Hebron ini.

"Perlu diingatkan, sesuatu itu bermula sebagai permintaan, kemudian menjadi tuntutan dan akhirnya menjadi rampasan jika kita tidak berhati-hati."

 Tanamkanlah ia dalam sanubari kita dan sentiasalah beringat. Wassalam.

Tanah Melayu

 (Januari 2001)

1