Melayu atau Islam?

Satu puak berbicara soal dunia tanpa meninggalkan peringatan Tuhan dan wasiat nabi, termasuklah ketika berdiri di pentas politik. Ini supaya ucapan itu tidak nampak ketempangannya.

Tetapi satu puak lagi, berbuat di sebaliknya tanpa mencampur aduk urusan agama dan dunia. Bagi puak ini agama bab lain, hal dunia bab lain pula. Sikap puak ini boleh terbayang di fikiran waras, bahawa hidup di dunia ini berkesudahan setakat dunia, seolah-olah tiada kaitan dengan agama dan alam bangkit semula kemudian nanti.

Namun, jika perkara ini diwar-warkan secara besar-besaran hingga ke akar umbi pasti melentinglah mana-mana pihak dan badan yang kononnya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Ilahi (dari langit).

Jika anda diberi kesempatan menilai dua keadaan yang jelas berbeza itu, apa pandangan dan pendapat bernas anda yang boleh dikongsi bersama.

Mr Logik yang mendapati butiran daripada kebanyakan buku mengenai pengajian perbandingan agama (sama ada agama yang turun dari langit atau rekaan manusia) mendapati puak yang mendampingi agama walau dalam apa sekali pun lebih menjurus ke arah kebaikan.

Sementara puak yang mengamalkan agama dalam satu-satu situasi sahaja, sedangkan pada lain ketika sengaja meninggalkan agama kurang bermutu tahap beragamanya. Itu kesimpulan Mr Logik.Bagaimana pula dengan hujah anda sebagai seorang pahlawan di bumi bertuah in?.

Mr Logik membuat kesimpulan bukan semata-mata kerana pro-Islam atau mana-mana pihak. Kesimpulan itu dibuat berdasarkan bacaan dan analisa Mr Logik ke atas buku agama termasuk agama kuffar. Kuffar pun ada agama? Macam pula orang mengaku Islam dan memangpun satu bangsa dinobatkan sebagai umat Islam tidak mahu mengambil agama itu sebagai teman karib seperjuangan sepanjang masa.

Melayu Patani

(Mac  2001)

1