Surat Terbuka Untuk Pemimpin Melayu

SALAM hormat. Kalian semua yang bergelar pemimpin Melayu sepatutnya bersama-sama memperjuangkan hak umat Melayu di Tanah Melayu ini. ATAS NAMA TAKDIR SEBAGAI MELAYU, hak kita sudah dirampas dan masa depan anak cucu-cicit semakin kelam.

KERANA KESEDARAN, perjuangan dan ideologi mestilah bermatlamatkan untuk menjadikan Melayu kembali gagah dan dapat terus menguasai Tanah Melayu ini. Tanah yang hampir menjadi milik orang lain ini, perlu dikembalikan semula kepada Melayu.

MAKA, persengketaan kalian selama ini telah membuka peluang kepada pengintip-pengintip menanam jarum penjajahan - untuk menguasai ekonomi (yang memang dikuasai oleh Cina), menguasai kuasa dan menguasai pendidikan.

Kepada Fadzil Noor, kami memohon supaya anda memotivasikan ahli-ahli Pas untuk terus belajar dan belajar sehingga menguasai segala cabang ilmu, terutamanya teknologi maklumat, persenjataan, perubatan dan perniagaan.

Apalah guna kita terus berceramah dan membenci sesama Islam, sesama Melayu sedangkan yang lebih utama adalah untuk meningkatkan kualiti kebijaksanaan (Iqra'). Ingatlah falsafah tersirat Abu Bakar As-Siddik: "Pemimpin mestilah dari kaum Quraish."

Kepada Wan Azizah, ingatlah segala kekayaan yang anda perolehi sekarang dan masa lalu adalah kerana UMNO. Tidak mungkin kekayaan dan segala peluang perniagaan kepada Ezam, Azmi dan beratus-ratus lagi pemimpin Keadilan adalah bukan kerana UMNO yang kalian sertai dahulu.

Motivasikanlah ahli-ahli untuk belajar dan terus belajar pelbagai kemahiran dan ilmu. Biarpun pergaduhan sesama saudara Melayu yang berlaku sekarang ini masih tidak `bertaut kembali', galakanlah generasi muda Melayu untuk terus belajar.

Kepada pemimpin Melayu yang berada dalam Parti Rakyat Malaysia dan semua para NGO Melayu termasuk MBM, GPMS, ABIM, PKPIM, MAYC dan 4B, tautkan kembali tali persahabatan - berjuanglah untuk kepentingan Melayu/Islam.

Sebagai pemimpin tertinggi, Dr Mahathir seharusnya mengajak kembali dan menghubungkan tali persahabatan dengan semua kumpulan Melayu ini. Orang Cina, India dan kaum lain mahu terus melihat orang Melayu berpecah supaya mereka menjadi bertambah kuat, sekali gus menguasai orang Melayu/Islam.

Inilah sebabnya ajakkan kepada 'Malay Unity' ditentang hebat oleh akhbar-akhbar yang dikuasai orang Cina - The Star, The Sun, Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, Kwang Wah Jit Poh dan Malaysiakini.com.

Semakin berpecah orang Melayu, semakin kuatnya mereka. Berpecahnya orang Melayu, Suqiu pula hadir dan disokong kuat oleh DAP, MCA, GERAKAN dan pelbagai pertubuhan Cina.

JIKA sekiranya PAS, Keadilan, PRM, UMNO dan NGO lain tidak boleh bersatu, sekurang-kurangnya perjuangkanlah kepentingan Melayu - kerana kita masih tertinggal jauh ke belakang. Masih miskin dan kurang ilmu.

Ideologi untuk meningkatkan kebijaksanaan orang Melayu dan kekuatan ekonomi perlu diteruskan - kerana tanah ini adalah hasil keringat, air mata darah nenek moyang kita. Sekian.

Anak-Anak Melayu

(Januari 2001)

 

1